TOKYO: Lima orang maut dalam kebakaran di sebuah kilang keropok beras di Jepun, kata polis.
Pasukan bomba berkerja sepanjang malam untuk memadamkan kebakaran di kilang tersebut.
Berdasarkan laporan media, kira-kira 30 pekerja berada di lokasi ketika kebakaran berlaku di kilang terletak di wilayah Niigata utara, tengah malam tadi.
Menurut polis, setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui.
“Empat wanita yang berusia antara 60 hingga 70 tahun meninggal dunia dalam kebakaran itu.
“Kami juga menemukan mayat yang identitinya masih belum diketahui,” kata seorang jurucakap tanpa mendedahkan butiran lanjut. – AFP