11 maut 'disapu' ombak selepas adakan ritual tepi pantai - Utusan Malaysia

11 maut ‘disapu’ ombak selepas adakan ritual tepi pantai

PENDUDUK membantu pihak berkuasa mengangkat satu daripada mayat mangsa yang dihanyutkan ombak di Pantai Payangan di Jamber, Jawa Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAMBER: Satu ritual keagamaan di Pantai Payangan di Jamber, Jawa Timur yang dilakukan sekumpulan penduduk tempatan berakhir dengan tragedi apabila sekurang-kurangnya 10 orang maut dihanyutkan ombak.

Media tempatan melaporkan, sebanyak 24 penduduk Jamber mengikuti ritual tersebut.

Kumpulan jemaah itu dilaporkan bertolak dari Desa Dukuhmencek di Sukorambi dan tiba di pantai berkenaan pada pukul 11.30 malam kelmarin.

Terdahulu, pengawal pantai sudah mengingatkan pengunjung supaya tidak menghampiri pantai susulan ombak tinggi.

“Namun, kumpulan jemaah itu tetap pergi ke pantai untuk melakukan ritual keagamaan dan selepas insiden tersebut berlaku, mereka menghubungi polis.

“Setakat ini, 11 orang disahkan terkorban dan pihak berkuasa masih melakukan operasi mencari serta menyelamat di lokasi kejadian,” kata Ketua Polis Ambulu, Makruf.

Pantai Payangan terkenal dengan pelbagai aktiviti termasuk ritual keagamaan oleh penduduk tempatan.

Ketika kejadian, dimaklumkan seramai 15 penduduk terseret ombak namun lima daripadanya sempat diselamatkan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya