UK batal peraturan wajibkan pemakaian pelitup muka - Utusan Malaysia

UK batal peraturan wajibkan pemakaian pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: United Kingdom (UK) mengumumkan pemakaian pelitup muka dibatalkan susulan data menunjukkan jangkitan akibat varian Omicron sudah mencapai tahap maksimum dan kembali kepada trend menurun.

Arahan itu juga selari dengan sekatan yang dilaksanakan di England bulan lalu untuk memerangi kes Covid-19 akibat varian Omicron yang akan ditarik balik.

Selain itu juga, kerajaan akan menarik balik arahan bekerja dari rumah minggu depan serta pas Covid-19 tidak diperlukan lagi untuk akses ke premis tertentu.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberitahu anggota Parlimen kempen suntikan dos penggalak besar kemungkinan menyebabkan perubahan besar tersebut.

Beliau menyatakan lebih 36 juta dos penggalak sudah diberikan, dengan lebih 90 peratus penduduk berusia 60 tahun diberikan suntikan ketiga, manakala kadar kes coronavirus berkurangan dalam tempoh beberapa minggu.

Johnson berkata, saintis UK percaya kemungkinan gelombang Omicron sekarang sudah memuncak tetapi mengingatkan pandemik COVID-19 belum lagi berakhir.

UK merekodkan 106,533 kes jangkitan Covid-19 dan jumlah keseluruhan kes di negara itu adalah 15.6 juta, setakat 20 Januari lalu. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.