fbpx

Thailand beri pil perancang, kondom percuma kepada golongan remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pejabat Keselamatan Kesihatan Kebangsaan Thailand (NHSO) bakal memberi sejumlah pil perancang dan kondom percuma kepada golongan remaja berusia 15 tahun ke atas.

Jurucakap NHSO, Dr. Jakkrit Ngowsiri berkata, pemberian pil perancang dan kondom percuma itu bertujuan mencegah penyakit seksual berjangkit dan kehamilan yang tidak dirancang dalam kalangan remaja.

Lapor Bangkok Post, pemberian pil perancang percuma itu akan dimulakan pada 1 Februari ini, manakala kondom pula diagihkan pada April 2022.

“Golongan remaja berusia 15 tahun boleh mendapatkan pil perancang dan kondom percuma dari semua klinik dan hospital termasuk swasta serta farmasi.

“Remaja perempuan dibenarkan menerima sehingga tiga kotak pil perancang dengan maksimum 13 kotak setahun,” kata Jakkrit.

Golongan remaja juga perlu memuat naik satu aplikasi bagi membolehkan maklumat mereka diakses bagi tujuan penyimpanan data kesihatan.

Bagi remaja lelaki, NHSO akan memberikan 10 kondom percuma setiap minggu.

POPULAR

KOSMO! TERKINI