Struktur jambatan serong buat pengunjung pening, muntah - Utusan Malaysia

Struktur jambatan serong buat pengunjung pening, muntah

REKAAN jambatan menyerong yang menghubungkan tempat letak kereta dan pusat beli belah di Bristol. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRISTOL: Sebuah jambatan yang menghubungkan tempat letak kereta dan pusat beli belah di Bristol dikritik ramai pengunjung disebabkan rekaannya yang serong. 

Lapor Daily Star, ramai pengunjung menjadi pening selain tidak dapat menyeimbangkan badan ketika melalui jambatan unik tersebut. 

Seorang penduduk, Kim Cleave dari Stapleton memuat naik persoalan dalam Facebook dan bertanyakan orang ramai sekiranya pernah melalui pengalaman serupa. 

“Adakah sesiapa pernah mempunyai masalah ketidakseimbangan semasa melalui jambatan dari Cabot Circus ke pusat beli belah di Bristol?

“Saya mempunyai masalah vertigo melampau semasa berjalan di sana. Rekaan lantai dan dinding jambatan itu yang serong sangat mengerikan,” katanya. 

Bagi Karina Hall, dia hanya boleh melalui jambatan itu jika memegang lengan ahli keluarganya. 

“Jika tidak saya akan pening dan hampir jatuh,” luahnya. 

Rekaan jambatan itu mungkin kelihatan bagus dalam lukisan arkitek, namun sebenarnya mendatangkan masalah kepada pengguna yang berisiko menjadi pening atau vertigo. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya