Ratu Elizabeth gugurkan pangkat, gelaran diraja Putera Andrew - Utusan Malaysia

Ratu Elizabeth gugurkan pangkat, gelaran diraja Putera Andrew

PUTERA ANDREW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Monarki Britain menggugurkan semua pangkat ketenteraan dan gelaran diraja terhadap Putera Andrew ketika beliau berdepan dengan tindakan undang-undang selepas didakwa terlibat dalam skandal penderaan seksual.

Anak kedua Ratu Elizabeth itu tidak akan lagi menggunakan gelaran Yang Mulia (His Royal Highness) dan beliau sudah pun digugurkan daripada sebarang tugasan diraja pada 2019 berikutan hubungannya dengan pesalah seksual warga Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Epstein.

“Dengan persetujuan  dan kelulusan dari Ratu Elizabeth, semua pangkat ketenteraan dan gelaran diraja yang diberikan terhadap Duke of York akan digugurkan.

“Duke of York juga tidak dibenarkan melakukan sebarang tugasan diraja dan perlu berdepan dengan kes yang berlangsung seperti rakyat biasa,” menurut Istana Buckingham dalam kenyataan.

Kelmarin, peguam Putera Andrew gagal meyakinkan hakim di AS untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Virginia Giuffre yang menuduhnya melakukan penderaan seksual terhadapnya ketika dia berusia 17 tahun.

Mahkamah Daerah AS, Lewis Kaplan menyatakan, Giuffre, 38, boleh meneruskan pendakwaan yang menyaksikan Andrew menggunakan kekerasan terhadapnya dan dengan sengaja menyebabkan tekanan emosinya terganggu ketika Epstein membunuh diri dalam penjara pada 2019 didapati bersalah menyeludupnya sebagai hamba seks.

Andrew, 61, menafikan dakwaan Giuffre yang menyatakan beliau memaksa wanita itu melakukan hubungan seks dengannya sebanyak beberapa kali.

Keputusan yang dibuat oleh Kaplan itu menyaksikan Andrew perlu mengemukakan bukti dalam perbicaraan yang mungkin bermula antara September dan Disember 2022 sekiranya tiada penyelesaian dicapai. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya