Presiden Perancis mahu ‘ganggu hidup’ rakyat belum divaksin - Utusan Malaysia

Presiden Perancis mahu ‘ganggu hidup’ rakyat belum divaksin

EMMANUEL MACRON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, beliau mahu ‘mengganggu kehidupan’ rakyat negara ini yang masih tidak mahu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Kenyataan pemimpin itu mencetuskan kecaman hebat dari pihak pembangkang, kira-kira empat bulan sebelum pilihan raya presiden akan diadakan.

“Bagi golongan belum divaksin, saya memang mahu ‘kacau’ mereka. Kami akan terus melakukan demikian sehingga mereka ambil vaksin,” kata Macron dalam satu wawancara dengan akhbar Le Parisien.

Tahun lalu, Perancis menguatkuasakan penggunaan pas kesihatan yang menghalang rakyat tanpa bukti vaksinasi lengkap atau negatif ujian saringan Covid-19 daripada memasuki restoran, kafe dan tempat awam lain.

Kerajaan mahu mengubahnya menjadi ‘pasport vaksin’ yang bermakna hanya penduduk sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 lengkap boleh memiliki pas kesihatan.

“Saya tidak akan menghantar (individu belum divaksin) ke penjara, saya juga tidak akan memaksa golongan itu mengambil vaksin.

“Kami hanya perlu memaklumkan bahawa mulai 15 Januari ini, mereka tidak dapat memasuki restoran, kafe, kelab malam dan panggung wayang,” tegasnya. – REUTERS  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya