Presiden Filipina enggan minta maaf sebabkan kematian ribuan suspek kesalahan dadah - Utusan Malaysia

Presiden Filipina enggan minta maaf sebabkan kematian ribuan suspek kesalahan dadah

ANGGOTA polis memeriksa mayat suspek penagih dadah yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan di Manila, Filipina pada 3 Oktober 2017. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menegaskan beliau tidak akan sesekali memohon maaf atas kematian semua suspek kes pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negara ini.

RODRIGO DUTERTE

Berdasarkan data rasmi kerajaan, lebih 6,200 suspek kes dadah maut dalam operasi membanteras dadah sejak Duterte mengambil alih pentadbiran kerajaan Filipina dari Jun 2016 hingga November tahun lalu.

“Saya tidak akan sama sekali meminta maaf atas kematian berkenaan.

“Sama ada anda mahu bunuh atau penjarakan saya, saya tetap tidak akan memohon maaf,” katanya dalam ucapan mingguan.

Sebelum ini, kumpulan hak asasi dan pengkritik mendakwa penguatkuasa undang-undang membunuh suspek dadah secara berleluasa dalam ‘perang dadah’ yang diperkenalkan Duterte.

Namun, polis memaklumkan mereka yang terbunuh sama ada memiliki senjata dan menentang penahanan secara ganas.

Baru-baru ini, Duterte menerusi ucapan rasmi pertama tahun ini, berikrar untuk melindungi penguatkuasa undang-undang yang menjalankan tugas mereka.

Malah, beliau juga menggesa anggota keselamatan supaya ‘melawa semula’ apabila nyawa dalam bahaya. – REUTERS     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya