PM Britain akui berparti ketika negara jalani 'lockdown' - Utusan Malaysia

PM Britain akui berparti ketika negara jalani ‘lockdown’

BORIS JOHNSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memohon maaf selepas mengakui beliau menghadiri ‘parti’ di kediaman rasminya ketika perintah berkurung pertama Britain dilaksanakan berikutan pandemik Covid-19.

Dalam pengakuan yang dibuat pertama kali itu, Johnson memaklumkan dia menghadiri parti berkenaan pada Mei 2020, ketika semua perhimpunan sosial dilarang bagi mencegah penularan Covid-19.

Sebagai pemimpin dan ahli politik, beliau mengakui sikapnya itu tidak patut dicontohi dan menerima kemarahan masyarakat.

“Saya sedar ramai yang marah terhadap saya dan kerajaan yang saya pimpin kerana saya sendiri tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Saya menyesali perbuatan saya. Saya menyertai parti itu selama 25 minit sebelum meneruskan kembali kerja saya dan sepatutnya, saya mengarahkan semua yang hadir hari itu supaya kembali bekerja kerana perintah berkurung sedang berlangsung,” katanya.

Pengakuan itu menyaksikan semua pemimpin parti pembangkang mendesak Johnson meletak jawatan dan pemimpin Konservatif di Scotland menjadi individu pertama bersetuju dengan desakan tersebut.

Pemimpin parti Buruh, Keir Starmer berkata, rakyat yang mengundi Johnson kini menganggapnya sebagai penipu.

“Alasannya yang memberitahu beliau tidak menyedari parti diadakan di kediaman rasminya ketika itu amat tidak masuk akal dan memalukan rakyat Britain,” ujarnya.

Pemimpin Konservatif di Scotland, Douglas Ross pula berpandangan, kedudukan dan kuasa Johnson tidak lagi kukuh ketika ini dan bersetuju sekiranya beliau meletak jawatan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya