Penduduk Tonga selamatkan diri susulan letusan kuat gunung berapi - Utusan Malaysia

Penduduk Tonga selamatkan diri susulan letusan kuat gunung berapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUKU’ALOFA: Penduduk Tonga bergegas menyelamatkan diri ke kawasan lebih tinggi selepas satu letusan kuat gunung berapi yang turut dirasai di negara jiran itu, mencetuskan amaran tsunami kedua di kawasan tersebut dalam tempoh beberapa hari.

“Gelombang ombak besar setinggi 1.2 meter dikesan di Nukualofa,” menurut Biro Meteorologi Australia dalam satu ciapan di Twitter.

Gelombang ombak besar tertinggi yang direkodkan adalah 30 sentimeter (cm) susulan letusan itu yang berlaku semalam.

Letusan terbaharu gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’apai berlaku hanya beberapa jam selepas amaran tsunami ditarik balik semalam.

Menurut seorang penduduk, Mere Taufa, dia berada di rumahnya apabila gunung berapi itu meletus.

“Letusan itu sangat besar sehingga rumah kami bergegar. Adik saya sangka bom meletup berhampiran,” katanya kepada portal berita Stuff.

Katanya, air memenuhi rumah mereka beberapa minit kemudian malah dia melihat dinding kediaman jirannya runtuh.

Dilaporkan, letusan awal itu berlangsung kira-kira lapan minit serta mengeluarkan kepulan abu dan asap beberapa kilometer ke udara.

Penduduk yang tinggal di kawasan pantai juga digesa berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Sementara itu, pihak berkuasa di Suva berkata, letusan itu begitu kuat umpama guruh kedengaran sehingga ke Fiji, lebih 800 kilometer (km) jauhnya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya