Pembantu rumah rakam majikan uzur mandi dan sebarkan video guna Whatsapp, TikTok - Utusan Malaysia

Pembantu rumah rakam majikan uzur mandi dan sebarkan video guna Whatsapp, TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang pembantu rumah yang bertanggungjawab menjaga seorang lelaki warga emas yang uzur didakwa beberapa kali merakam videonya sedang mandi di tandas.

Lapor Berita Mediacorp, pembantu rumah itu kemudiannya menghantar rakaman tersebut yang menunjukkan alat sulit lelaki warga emas tersebut kepada rakannya menerusi Whatsapp.

Tertuduh turut memuat naik satu lagi rakaman menggunakan aplikasi TikTok.

Akibat perbuatannya, pembaantu rumah warga Indonesia itu dihukum penjara selama 17 bulan.

Wanita itu mengaku salah terhadap empat pertuduhan termasuk sengaja merakam seseorang melakukan kegiatan peribadi tanpa kebenarannya, mengedarkan rakaman intim dengan sengaja tanpa kebenaran dan merakam alat sulit mangsa dengan niat.

Berdasarkan dokumen mahkamah, pembantu rumah itu mula bekerja untuk keluarga mangsa yang berusia 74 tahun sejak 1 Februari 2020.

Dia ditugaskan untuk menjaga mangsa, membantunya melakukan tugasan harian seperti mandi, menggosok gigi dan beberapa kerja rumah.

Laporan perubatan mennyatakan lelaki warga emas itu menghidap beberapa penyakit dengan kedua-dua matanya kabur.

Perbuatan pembantu rumah itu terbongkar selepas keluarga mangsa mengetahui wanita itu memuat naik rakaman menunjukkan dia memandikan mangsa dalam TikTok.

Telefon pembantu rumah itu dirampas dan seorang daripada anak mangsa membuat laporan polis pada Januari tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya