Panas sepanjang tahun, Gurun Sahara kini diselimuti salji, suhu di bawah paras beku - Utusan Malaysia

Panas sepanjang tahun, Gurun Sahara kini diselimuti salji, suhu di bawah paras beku

SALJI di Gurun Sahara selepas suhu turun mendadak. - AGENSI/KARIM BOUCHETTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALGIERS: Gurun Sahara yang cukup terkenal dengan cuaca panas sepanjang tahun, diselimuti salji selepas suhu menurun mendadak di bawah paras beku.

Daily Mail melaporkan, ais menyelubungi bukit pasir dalam fenomena yang jarang berlaku di padang pasir terbesar di dunia itu dengan suhu pernah mencapai 58 darjah Celsius sebelum ini.

Jurugambar Karim Bouchetata merakam imej salji dan ais yang menakjubkan berhampiran bandar Ain Sefra di barat laut Algeria, semalam.

SALJI yang melanda kawasan Gurun Sahara. – AGENSI/KARIM BOUCHETTA

Di bandar itu, suhu direkodkan menjunam kepada -2 darjah Celsius.

Ini kejadian kelima Gurun Sahara diselimuti salji dalam tempoh 42 tahun ini selepas 1979, 2016, 2018 dan tahun lepas.

Ain Sefra, dikenali sebagai The Gateway to the Desert, dikelilingi Pergunungan Atlas.

Gurun Sahara meliputi sebahagian besar Afrika Utara dan telah melalui perubahan suhu serta kelembapan sejak beberapa ratus ribu tahun lalu.

Walaupun Sahara sangat kering pada siang, ia dijangka menghijau kira-kira 15,000 tahun lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya