Omicron semakin parah di Jakarta, lonjak kes Covid-19 Indonesia - Utusan Malaysia

Omicron semakin parah di Jakarta, lonjak kes Covid-19 Indonesia

SEORANG wanita dan kanak-kanak menunggang motosikal melintasi mural kesedaran Covid-19 di Banda Aceh, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penularan kes jangkitan Covid-19 melibatkan varian Omicron di Jakarta terus menunjukkan peningkatan dengan lima kawasan diletakkan dalam zon merah.

CNN Indonesia melaporkan, sehingga minggu lepas, terdapat 174 kes Omicron melibatkan kes jangkitan tempatan.

Daripada jumlah tersebut, 87 peratus atau 152 kes direkodkan di Jakarta dan lima kawasan zon merah itu mencatatkan lebih lapan pesakit Omicron.

Dalam pada itu, berdasarkan data Jabatan Kesihatan Jakarta, jumlah kes Omicron di bandar raya ini sehingga semalam adalah 998 kes.

Daripada jumlah itu, 663 melibatkan pengembara luar negara dan selebihnya kes tempatan.

Sehubungan itu, Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan Covid-19 bagi mengurangkan penularan.

Katanya, situasi semasa tidak boleh dipandang ringan kerana Omicron boleh mencetuskan lonjakan kes, sekali gus meletakkan Indonesia berisiko dilanda gelombang baharu Covid-19.

“Kita perlu berhati-hati supaya Omicron tidak melumpuhkan Indonesia.

“Saya ingin tegaskan, tempat terbaik untuk golongan kanak-kanak, golongan komorbid dan warga emas masih di rumah masing-masing. Jangan terlalu leka,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya