Omicron: Hong Kong larang kemasukan penerbangan dari lapan negara - Utusan Malaysia

Omicron: Hong Kong larang kemasukan penerbangan dari lapan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Kerajaan Hong Kong mengumumkan sekatan Covid-19 terbaharu hari ini, termasuk melarang kemasukan penerbangan dari lapan negara, menutup gim dan bar serta restoran makan malam selepas Omicron dikesan di wilayah ini.

Hong Kong merekodkan sebanyak 114 kes jangkitan melibatkan Omicron sehingga petang semalam dengan kebanyakannya dikesan di lapangan terbang atau hotel yang menjadi pusat kuarantin.

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam memaklumkan, pihak berkuasa kesihatan wilayah ini bimbang sekiranya Omicron menular secara senyap dalam komuniti.

“Kita mempunyai kes yang sumbernya sudah dikenal pasti, namun tidak dapat mengesan laluan penularannya,” katanya kepada media.

Sehubungan itu, penerbangan dari Australia, Kanada, Perancis, India, Pakistan, Filipina, United Kingdom, Amerika Syarikat akan dilarang memasuki wilayah ini bermula malam Jumaat ini selama dua minggu.

“Penumpang dari kesemua negara ini tidak dibenarkan mendarat di Hong Kong dan pengembara yang pernah mengunjungi lapan negara itu juga tidak dibenarkan menaiki penerbangan ke Hong Kong, termasuk penerbangan transit,” kata Lam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.