BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati bersetuju untuk memanggil Kabinet bagi membincangkan Bajet 2022 susulan pertemuan beliau dengan Presiden Michel Aoun, semalam.
Arab News melaporkan, Mikati berkata: “Kami telah bersetuju untuk menandatangani dekri untuk membuka sidang Parlimen dengan segera, kerana Bajet 2022 sudah siap”.
Beliau berkata demikian sambil menyatakan akan memanggil Kabinet untuk membincangkan belanjawan kerana ia adalah isu yang paling penting.
Sumber yang rapat dengan Najib memberitahu Arab News: “Tiada perbincangan mengenai kehadiran menteri Hizbullah dan Pergerakan Amal. Persetujuan telah dicapai antara Aoun dan Najib, dan sesi akan diadakan untuk membincangkan bajet. Menteri boleh memilih sama ada untuk hadir atau tidak”.
Kabinet tidak bermesyuarat sejak 12 Oktober lalu selepas menteri daripada Hizbullah dan Pergerakan Amal memutuskan mereka tidak akan menghadiri sebarang sesi melaikan Tarek Bitar, hakim yang mengetuai siasatan letupan pelabuhan Beirut, disingkirkan.
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah menuduh Tarek ‘mempolitikkan siasatan’, tetapi badan kehakiman tidak mengendahkan permintaan untuk memecata hakim itu dan Najib enggan campur tangan dalam tugas badan kehakiman.
Najib memberitahu, beliau telah memaklumkan kepada Presiden mengenai penerimaan Bajet 2022 dan selepas itu adalah penting untuk mengadakan sesi Kabinet bagi kelulusan.
Semalam, pound Lubnan mencecah paras terendah berbanding dolar.
Kad bantuan kepada keluarga yang memerlukan tidak dapat dilaksanakan manakala gaji minimum tidak meningkat dan huru-hara dalam pasaran.










