Lonjakan Omicron: Sekatan pergerakan di Jakarta - Utusan Malaysia

Lonjakan Omicron: Sekatan pergerakan di Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sekatan pergerakan dilaksanakan di Jakarta ketika kes jangkitan Covid-19 melibatkan varian Omicron terus menular di bandar raya ini.

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi sebelum ini mengingatkan penduduk Jakarta supaya tidak mengunjungi tempat yang sesak, termasuk pusat beli-belah sekiranya tiada keperluan penting.

Selain itu, Jokowi juga menasihatkan golongan pekerja yang dibenarkan bekerja dari rumah untuk meneruskan pendekatan itu bagi mengawal penularan jangkitan Omicron.

Dalam pada itu, Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria turut senada dengan Jokowi apabila menasihatkan penduduk di bandar raya ini supaya tidak keluar rumah tanpa urusan berkaitan.

Ahmad Riza menegaskan, mana-mana penduduk yang melanggar sekatan pergerakan akan dikenakan hukuman.

Katanya, pihak berkuasa Jakarta akan mengenakan denda kepada mana-mana syarikat, pejabat dan pusat beli-belah yang tidak mematuhi peraturan sekatan pergerakan.

“Pasukan Tindakan Covid-19 akan memantau semua pergerakan semasa sekatan dilaksanakan,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya