Lelaki Thailand bahagia dengan lapan isteri - Utusan Malaysia

Lelaki Thailand bahagia dengan lapan isteri

ONG Dam Sorot bersama lapan isterinya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki mendapat perhatian dalam media sosial selepas mendedahkan dia mempunyai lapan orang isteri yang hidup sebumbung.

Ong Dam Sorot yang merupakan seorang artis mencacah tatu menerusi satu wawancara dalam YouTube, memaklumkan dia berkahwin dengan lapan wanita kerana mempunyai ‘perasaan cinta yang adil terhadap mereka’.

Ong turut memperkenalkan semua isterinya dalam wawancara itu dan menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan semua wanita itu dan berkahwin.

Kelapan-lapan isterinya menyifatkan Ong sebagai suami yang baik, bertimbang rasa dan pandai mengagihkan masa.

Menurut Ong, dia bertemu dengan isteri pertamanya di majlis kahwin rakannya, isteri kedua dalam pertemuan di pasar, ketiga (di hospital), keempat, kelima dan keenam (dalam  media sosial), ketujuh (di kuil) dan kelapan (ketika bercuti).

“Ong mungkin merupakan lelaki paling penyanyng yang pernah kami jumpa,” menurut kelapan-lapan isterinya.

Dua daripada isteri Ong kini hamil anak pertama mereka dan lelaki itu sudah memiliki seorang anak dari isteri pertamanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.