SEOUL: Korea Selatan akan mula merawat pesakit Covid-19 menggunakan pil antiviral keluaran Pfizer ketika semakin banyak pihak menzahirkan kebimbangan mengenai varian Omicron ketika ini.
Sekurang-kurangnya 21,000 pil tersebut yang dinamakan Paxlovid akan tiba di Korea Selatan hari ini dan diedarkan di 280 buah farmasi serta 90 pusat rawatan di seluruh negara.
Ubatan tersebut akan digunakan untuk merawat lebih pesakit setiap hari, dengan keutamaan diberikan kepada golongan yang berisiko mempunyai gejala kritikal, berusia atas 65 tahun dan mempunyai imunisasi yang lemah.
Selain itu, kira-kira 10,000 pil lagi dijangka tiba dalam masa terdekat.
Pfizer sebelum ini menyatakan pil tersebut berkesan hampir 90 peratus mencecgah kemasukan ke hospital dan mengurangkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.
Negara ini tidak merekodkan kes jangkitan melibatkan varian Omicron yang tinggi, namun pelbagai masih bimbang sekiranya kes melonjak pada masa akan datang. – REUTERS