ALMATY: Lebih 5,000 orang ditahan di Kazakhstan berikutan beberapa siri tunjuk perasaan ganas yang tercetus di negara ini pada minggu lalu.
Secara keseluruhan, seramai 5,135 orang ditahan untuk disoal siasat oleh polis berhubung protes yang dilakukan.
Kenaikan bahan api menjadi punca umata kepada rusuhan yang berlaku, menyaksikan sejumlah anggota keselamatan cedera dan puluhan anggota kumpulan bersenjata terbunuh.
Kementerian Dalam Negeri Kazakhstan hari ini menyatakan, kos kerugian akibat kerosakan harta benda dianggarkan sebanyak 175 juta euro (RM837 juta).
Selain itu, lebih 100 sektor perniagaan dan bank turut menjadi sasaran penunjuk perasaan, manakala lebih 400 kenderaan musnah dibakar.
Menterinya, Erlan Turgumbayev berkata, keadaan ketika ini terkawal dan operasi ketenteraan akan diteruskan bagi memastikan ‘semuanya terkawal’. – AFP










