Keluarga lelaki warga emas maut dipukul kerana disangka pencuri mahukan keadilan - Utusan Malaysia

Keluarga lelaki warga emas maut dipukul kerana disangka pencuri mahukan keadilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Keluarga lelaki warga emas yang maut dipukul orang awam yang menyangkanya suspek pencuri mendesak supaya pihak berkuasa melakukan siasatan menyeluruh.

Seorang daripada anak mangsa, Bryna memberitahu, mereka sekeluarga tidak dapat menerima kematian bapa mereka dalam keadaan tragis.

“Saya dan keluarga amat sedih dengan insiden yang menimpa papa. Dia tidak seharusnya meninggal dunia dalam keadaan begitu. Apa salah papa pada anda semua?

“Sehubungan itu, kami mahukan keadilan buat papa dan kami berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya kepada Kompas.com.

Selain itu, Bryna meminta media supaya melaporkan kes yang menimpa bapanya secara telus bagi mengelak lebih banyak spekulasi timbul.

Katanya, sudah jelas bapanya difitnah sebagai pencuri sehingga meragut nyawa.

“Papa sudah meninggal, apa lagi yang cerita buruk mengenainya yang ingin disampaikan? Kami berharap agar media dapat melaporkan kes ini dengan tepat sehingga ke pengetahuan pemimpin negara,” ujarnya.

Terdahulu, Wiyanto Halim, 89, maut selepas dipukul orang awam yang mengejarnya selepas menyangka dia mencuri dan cuba membawa lari kenderaan tersebut.

Berdasarkan satu video yang tular, sekumpulan belia yang menunggang motosikal mengejar mangsa yang memandu Toyotan Rush sambil mereka menjerit ‘pencuri’.

Kumpulan belia itu berjaya menghentikan kenderaan mangsa sebelum menarikanya keluar dan memukul warga emas itu hingga mati dan melarikan diri.

Laporan polis mengesahkan mangsa adalah pemilik sebenar kenderaan itu dan bukanlah pencuri seperti yang didakwa.

Sementara itu, polis menahan lima suspek yang didakwa terlibat dalam insiden itu untuk membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya