Jepun: Tiga pelajar cedera ditikam ketika duduki peperiksaan - Utusan Malaysia

Jepun: Tiga pelajar cedera ditikam ketika duduki peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Beberapa pelajar sekolah menengah yang menduduki peperiksaan kelayakan kemasukan ke universiti di bandar ini, dilaporkan cedera dalam satu kejadian serangan pisau.

Menurut stesen siaran awam, NHK, tiga pelajar berada dalam keadaan sedar selepas seorang pelajar lain menikam mereka dengan menggunakan objek tajam ketika sedang berkumpul untuk mengambil peperiksaan itu pada waktu pagi.

Memetik laporan akhbar Asahi, suspek yang merupakan pelajar berusia 17 tahun itu, kini telah ditahan.

Hampir setengah juta pelajar sekolah menengah di ratusan tempat di seluruh Jepun sedang mengambil peperiksaan kemasukan universiti pada hujung minggu ini.

Jabatan Polis Metropolitan Tokyo enggan mengulas lanjut mengenai butiran serangan mahupun mengesahkan sebarang penahanan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya