Indonesia arah pesakit Omicron kuarantin, dirawat di rumah - Utusan Malaysia

Indonesia arah pesakit Omicron kuarantin, dirawat di rumah

BEBERAPA pesakit Covid-19 menerima rawatan di hospital lapangan di Yogyakarta, Indonesia pada Julai 2021. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia bakal mengarahkan pesakit Covid-19 yang dijangkiti varian Omicron untuk menjalani kuarantin serta mendapatkan rawatan di rumah.

Langkah itu diambil seiring dengan strategi pencegahan yang dilakukan pihak berkuasa kesihatan negara ini ketika kes Omicron terus melonjak.

Menterinya, Budi Gunadi Sadikin mengakui kadar penularan Omicron lebih tinggi berbanding varian Delta, namun jumlah pesakit yang dirawat akibat varian itu lebih sedikit dan tidak serius.

“Ramai penduduk sudah dijangkiti Omicron, namun mereka tidak menunjukkan gejala yang serius, maka tidak perlu ke hospital.

“Kementerian Kesihatan sudah meneliti semua 414 kes Omicron berhubung gejala yang dihadapi pesakit, sama ada mereka perlu menerima rawatan di rumah, di hospital atau pun pusat kuarantin.

“Pesakit yang menjalani kuarantin di rumah tetap akan dipantau pasukan perubatan secara berkala, malah ubatan juga akan dihantar segera sekiranya diperlukan,” katanya.

Selain itu, Budi juga memberitahu, sebanyak 400,000 pil anti vitral Covid-19 iaitu Molnupiravir yang dikeluarkan Merck sudah tiba di Indonesia dan boleh digunakan pesakit.

Sementara itu, pesakit Omicron yang menjalani kuarantin di rumah perlu mematuhi semua peraturan termasuk memakai pelitup muka dan tidak berinteraksi dengan anggota keluarga lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya