Dulu kaya, penduduk kampung akhirnya menyesal jual tanah - Utusan Malaysia

Dulu kaya, penduduk kampung akhirnya menyesal jual tanah

MUSANAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Sebilangan penduduk di sekitar kawasan projek strategik negara pembinaan kilang minyak atau dikenali sebagai kampung bilionair di Tuban akhirnya mengaku menyesal menjual tanah milik mereka.

Lapor Kompas.com, kisah itu diluahkan oleh penduduk kampung Wadung di daerah Jenu, Musanam, 60.

Musanam turut mengambil bahagian dalam demonstrasi di hadapan pejabat PT Pertamina, semalam.

Katanya, semasa menjual tanah itu, dia dijanjikan oleh pihak PT Pertamina yang akan menawarkan pekerjaan di tapak projek tersebut.

Janji manis itu menyebabkan Musanam hilang punca pendapatan sebagai seorang petani disebabkan dia sudah menjual tanah dan rumah kepada pihak pemaju.

“Saya juga terpaksa menjual beberapa ekor haiwan peliharaan bagi menampung keperluan harian.

“Dulu saya ada enam ekor lembu, dan tiga daripadanya terpaksa dijual demi kelangsungan hidup,” katanya.

Bagi Mugi, 59, yang tinggal di kampung bilionair, dia kehilangan segala-galanya selepas menjual tanah miliknya seluas 2.4 hektar tanah pertanian kepada PT Pertamina.

“Tanah saya dahulu ditanam jagung dan cili. Setiap tuaian mampu meraih 40 juta rupiah (RM11,679).

“Namun, sejak saya tidak menjual hasil tanaman, saya tidak mempunyai pendapatan lagi,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya