Daging babi naik harga, penduduk Thailand tukar selera makan daging buaya - Utusan Malaysia

Daging babi naik harga, penduduk Thailand tukar selera makan daging buaya

DAGING buaya tidak asing lagi di Thailand dan juadahnya mudah didapati di kebanyakan gerai tepi jalan. - AFP

BANGKOK: Penduduk Thailand ketika ini memilih untuk menikmati daging buaya dalam menu harian mereka selepas harga daging babi yang menjadi antara sumber makanan utama rakyat negara ini naik mendadak.

Kenaikan harga daging babi di Thailand ketika ini berpunca daripada penularan Influenza A H1N1 atau lebih dikenali sebagai Selsema Babi.

Situasi itu menyebabkan kekurangan stok daging babi dan penduduk beralih kepada daging buaya sebagai alternatif.

Dalam pada itu, pengusaha ladang buaya mengambil kesempatan untuk mempromosi perniagaan mereka dengan menawarkan jualan daging buaya pada harga yang berpatutan.

Kebanyakan pengusaha menjual daging buaya pada harga 70 hingga 200 baht (RM8-25) sekilogram

Penduduk Thailand menyamakan rasa daging buaya sama seperti ayam, selain mendakwanya lebih sihat kerana mempunyai protein yang tinggi. – AGENSI

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN