Covid-19: India mula beri dos penggalak - Utusan Malaysia

Covid-19: India mula beri dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India mula memberikan dos ketiga atau dos penggalak vaksin Covid-19 kepada penduduknya khususnya kumpulan keutamaan di tengah-tengah lonjakan kes jangkitan virus di negara itu.

Lapor BBC, petugas kesihatan, barisan hadapan dan individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi di negara itu ketika ini layak untuk menerima suntikan dos penggalak berkenaan.

Pemberian dos penggalak itu melibatkan penggunaan jenis vaksin yang sama diberikan ketika suntikan dos pertama dan kedua individu.

India ketika ini memberikan vaksin Covid-19 keluaran Covishield dan Covaxin sejak kempen vaksinasi bermula pada Januari tahun lalu.

Kempen imunisasi Covid-19 bermula ketika India berdepan lonjakan kes baharu Covid-19 yang didorong dengan varian Omicron.

Kajian awal dari beberapa negara lain mencadangkan suntikan dos penggalak boleh memberikan lebih perlindungan terhadap varian Omicron.

Sejak itu, negara-negara berkenaan meluaskan kempen dos penggalak atau memendekkan jurang antara dua kali pemberian vaksin untuk meningkatkan perlindungan terhadap varian tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN