Bom meletup dalam bas, kanak-kanak lima tahun antara yang maut - Utusan Malaysia

Bom meletup dalam bas, kanak-kanak lima tahun antara yang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COTABATO: Seorang kanak-kanak terbunuh dan enam cedera apabila satu bom meletup dalam sebuah bas awam di selatan Filipina hari ini.

Sehingga kini, tiada kumpulan militan tampil mengaku bertanggungjawab atas insiden yang berlaku.

Menurut polis, letupan itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan di lebuh raya di Cotabato City.

Jurucakap polis di pekan Aleosan, Randy Hampac berkata, bom tersebut dipercayai diletakkan dalam bas berkenaan.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terkorban dalam kejadian itu, manakala enam lagi cedera termasuk bayi berusia lima bulan,” katanya.

Laporan polis memaklumkan seorang daripada mangsa ternampak seorang penumpang lelaki meninggalkan sebuah ‘bagasi’ di dalam bas itu sebelum dia turun di satu hentian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya