Bilionair Jepun mahu teroka Palung Mariana selepas ISS - Utusan Malaysia

Bilionair Jepun mahu teroka Palung Mariana selepas ISS

YUSAKU MAEZAWA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Bilionair Jepun, Yusaku Maezawa memberitahu pengembaraannya ke angkasa lepas membuatkan dirinya sangat menghargai tinggal di bumi dan menanam impian untuk melakukan pengembaraan ke Palung Mariana.

Maezawa dan pembantunya, Yozo Hirano menghabiskan masa selama 12 hari di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) bulan lalu, dengan merakamkan kehidupan di angkasa lepas.

Bercakap kepada media buat kali pertama sejak kepulangannya ke Jepun, Jumaat lalu, Maezawa berkata, pengembaraannya itu membuatkan dia lebih menghargai tinggal di bumi.

“Melangkah ke angkasa lepas menjadikan anda lebih tertarik dengan bumi. Anda belajar menghargai bagaimana merasai angin, menghidu sesuatu dan mengalami perubahan musim di bumi.

“Saya fikir bumi adalah menakjubkan,” katanya dalam sidang akhbar.

Maezawa turut berkongsi pengalaman hidup di graviti sifar termasuk kesukaran tidur semasa berada di ISS.

“Bukan mudah hendak tidur kerana anda sentiasa terapung semasa tidur,” katanya.

Semasa berada di angkasa lepas, angkasawan itu sempat menghasilkan video mengenai cara membuang air kecil, membasuh rambut dan menggosok gigi di angkasa lepas.

Dalam pada itu, Maezawa turut merancang membawa seramai lapan orang menerusi misi 2023 mengelilingi bulan bersama pemilik SpaceX, Elon Musk.

Namun, katanya, dia juga mempunyai perancangan lain untuk mengembara ke dasar lautan di Palung Mariana yang merupakan tempat paling dalam di bumi serta jarang dikunjungi manusia di Lautan Pasifik.

“Saya bukan sahaja mahu mengembara ke atas tetapi juga mahu mengembara ke bawah ke tempat paling dalam di Palung Mariana,” katanya.-AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya