AUCKLAND: Seorang wanita kelahiran Britain yang menetap di New Zealand mencipta rekod dunia apabila berjaya menamatkan larian mengelilingi seluruh negara ini dalam tempoh kurang dari 21 hari.
Emma Timmis, 37, yang tinggal di Kaiapoi meula berlari pada 18 Disember lalu di Cape Reinga dan menamatkan lariannya yang sejauh 2,092 kilometer mengelilingi New Zealand pada Jumaat lalu.
Masa yang dicatatkan oleh Timmis belum dikeluarkan secara rasmi, namun dia disahkan menamatkan larian tersebut kurang dari 21 hari.
Kejayaan itu secara tidak langsung menyaksikan Timmis menewaskan Menna Evans yang merupakan pemegang Rekod Dunia Guinness selepas berlari selama 35 hari dan 27 minit untuk mengelilingi New Zealand.
Wanita itu sudah merancang untuk melakukan larian tersebut selama beberapa tahun lalu, namun sering ditundakan kerana mengalami kecederaan.
Misi lariannya itu juga bertujuan mengumpul dana untuk disumbangkan kepada badan kebajikan yang memperjuangkan nasib golongan mengalami masalah kesihatan mental. – AGENSI










