20 peratus wanita dalam sektor kesihatan sudah mula bertudung - Utusan Malaysia

20 peratus wanita dalam sektor kesihatan sudah mula bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Sebanyak 20 peratus kakitangan beragama Islam dalam sektor penjagaan kesihatan awam sudah mula memakai tudung dengan seragam masing-masing di tempat kerja, setakat hujung Disember lalu iaitu dua bulan selepas dasar baharu itu berkuatkuasa.

Lapor Berita.mediacorp, Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung berkata, peratusan itu bersamaan 1,400 kakitangan kesihatan awam yang melaksanakan kelonggaran tersebut.

Jelasnya, maklum balas yang diterima daripada kedua-dua kakitangan Islam dan bukan Islam adalah positif secara amnya.

“Kakitangan wanita tersebut menzahirkan penghargaan terhadap perubahan itu dan pesakit menghormati pilihan jururawat tersebut.

“Sebilangan kakitangan turut menerima pujian daripada pesakit yang kelihatan kemas dan profesional mengenakan seragam dengan tudung,” katanya menerusi jawapan bertulis dalam sesi pertanyaan Parlimen.

Ogos tahun lalu, Kementerian Kesihatan memaklumkan lebih 7,000 pekerja wanita dalam sektor penjagaan kesihatan awam dibenarkan memakai tudung di tempat kerja.

Menurut Ye Kung, pihak hospital sudah menyediakan garis panduan klinikal demi memastikan keperluan kawalan jangkitan dipatuhi untuk keselamatan pesakit dan kakitangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN