Tidak sempat larikan diri, suami isteri rentung dalam trak - Utusan Malaysia

Tidak sempat larikan diri, suami isteri rentung dalam trak

PASUKAN keselamatan mengeluarkan mayat pasangan suami isteri yang maut akibat letusan Semeru di Lumajang, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMAJANG: Pasukan keselamatan menemukan mayat lelaki dan wanita yang dipercayai pasangan suami isteri di dalam sebuah trak yang terbakar akibat terkena debu panas Gunung Berapi Semeru yang meletus pada minggu lalu.

Kedua-dua mayat itu ditemukan di Dusun Curah Kobokan, Lumajang, Jawa Tengah semalam ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

Pasukan keselamatan mengambil masa lebih setengah jam untuk mengeluarkan kedua-dua mayat tersebut.

Seorang anggota penyelamat, Anang memberitahu, pasangan suami isteri itu sering melakukan kerja-kerja mengorek pasir di kawasan tersebut.

Pasangan itu dipercayai tidak sempat melarikan diri ketika Semeru meletus, menyebabkan mereka terperangkap dan maut di dalam trak tersebut.

Selain itu, anak pasangan suami isteri itu juga didakwa terkorban kerana mereka sering membawa anak ketika melombong pasir.

Sementara itu, jumlah korban letusan Semeru dijangka  meningkat dari semasa ke semasa berikutan masih ada mangsa hilang belum ditemukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya