Tiada kematian lagi akibat Omicron-WHO - Utusan Malaysia

Tiada kematian lagi akibat Omicron-WHO

KRU pesawat Air China memakai perlatan perlindungan Covid-19 semasa ketibaan di terminal antrabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Walaupun varian baharu Covid-19 Omicron sudah dikesan menular di 38 negara, namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan tiada kes kematian dilaporkan setakat ini.

Sehingga kini, terdapat 375 kes jangkitan Omicron di seluruh dunia dengan Afrika Selatan mencatatkan bilangan penularan paling tinggi sebanyak 183 kes.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa selama seminggu bagi menentukan bagaimana jangkitan itu merebak, adakah ia menyebabkan risiko penyakit berbahaya, bagaimana rawatan efektif yang diperlukan serta sama ada vaksin berupaya melawan varian tersebut.

“Kami akan berusaha mendapatkan jawapan yang dikehendaki semua orang di luar sana,” katanya.

WHO menjelaskan varian baharu yang merebak itu boleh menyebabkan lebih separuh kes baharu di Eropah dalam beberapa bulan akan datang.

AS dan Australia menjadi negara terkini yang mengesahkan berlaku jangkitan tempatan akibat varian tersebut.

Jangkitan Omicron menyebabkan kes keseluruhan di Afrika Selatan mencecah tiga juta.

Sementara itu, Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva berkata,

penularan varian itu juga akan menyebabkan proses pemulihan ekonomi global menjadi lembap seperti varian Delta sebelum ini.

“Malah, sebelum ketibaan varian baharu itu, kami bimbang mengenai proses pemulihan ekonomi yang agak kehilangan momentum.

“Varian baharu itu mungkin merebak dengan sangat pantas yang boleh menjejaskan keyakinan,” jelasnya.

Kajian awal oleh penyelidik Afrika Selatan semasa varian itu pertama kali dilaporkan 24 November lalu, mendapati Omicron tiga kali ganda lebih berisiko menyebabkan jangkitan semula berbanding Delta atau Beta.

Pakar dari Institut Penyakit Berjangkit Afrika Selatan, Wassila Jassat berkata, terdapat peningkatan kes dalam kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah yang dimasukkan ke hospital sejak kemunculan Omicron, tetapi menegaskan masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada golongan tersebut sangat terdedah atau sebaliknya.

“Insiden dalam kalangan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah kini berada di tempat kedua tertinggi selepas melibatkan golongan berumur lebih 60 tahun,” katanya.

Kes Omicron di AS melibatkan penduduk tanpa sejarah perjalanan antarabangsa yang menunjukkan varian itu sebenarnya sudah merebak di dalam negara.-REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya