Tertekan bergaduh dengan kekasih, polis lepas tembakan ke arah bas awam - Utusan Malaysia

Tertekan bergaduh dengan kekasih, polis lepas tembakan ke arah bas awam

TANGKAP layar kamera litar tertutup (CCTV) trafik di Bangkok yang menunjukkan anggota polis memberhentikan sebuah bas. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Gara-gara sakit hati selepas bergaduh dengan kekasih, seorang anggota polis junior melepaskan tembakan ke arah sebuah bas awam di daerah Bang Chan, Bangkok kelmarin.

Lapor Bangkok Post, video yang tular dalam media sosial menunjukkan polis itu yang menunggang motosikal memotong bas tersebut, menyebabkan kenderaan terbabit terpaksa berhenti.

Anggota polis itu dilihat turun dari motosikalnya dan masuk ke dalam bas sebelum turun semula dan mengeluarkan pistol.

Pemandu yang melihat keadaan itu terus memandu basnya dan berang dengan situasi itu, anggota polis tersebut mengejar bas berkenaan sambil melepaskan tembakan.

Tembakan itu mengenai cermin sisi bas tersebut dan semua penumpang dalam keadaan selamat.

Berdasarkan keterangan polis, video tersebut dirakam oleh pemandu bas tersebut dan dia memaklumkan, anggota polis itu memberhentikan basnya untuk bertanya jika asap yang dikeluarkan dari kenderaan itu mengikut mengikut ketetapan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, anggota polis tersebut yang dikenali sebagai Kampanaart Chaiyakarn, 28, menyerah diri pada hari yang sama selepas insiden itu.

Chaiyakarn memberitahu polis, dia memberhentikan dan melepaskan tembakan ke arah bas tersebut kerana tertekan selepas bergaduh dengan teman wanitanya.

Anggota polis itu berdepan dengan dakwaan cuba membunuh, membawa senjata api di kawasan umum dan melepaskan tembakan tanpa sebab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya