Suami isteri bertekak di pasar, saling 'berbalas curang' - Utusan Malaysia

Suami isteri bertekak di pasar, saling ‘berbalas curang’

TANGKAP layar video menunjukkan pasangan suami isteri bertengkar di pasar di Madiun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADIUN: Insiden pertengkaran melibatkan sepasang suami isteri di sebuah pasar di sini menjadi tular dalam media sosial.

Insiden bermula apabila seorang wanita menahan sebuah kenderaan yang dinaiki suaminya bersama wanita lain.

Berdasarkan video yang dirakam, wanita itu membawa seketul batu dan menghalau wanita yang duduk di kerusi penumpang supaya keluar dari kereta tersebut.

Pasangan suami isteri itu kemudiannya terus bertengkar sambil disaksikan orang ramai.

Tidak lama kemudian, polis tiba di lokasi kejadian dan meleraikan pergaduhan tersebut.

Jurucakap polis, Muslich berkata, pasangan suami isteri itu dibawa ke balai polis dan mereka dinasihatkan supaya berdamai secara baik.

“Pasangan itu bergaduh selepas mereka saling ‘berbalas curang’.

“Si isteri didakwa curang dahulu dan sakit hati dengan perbuatannya, si suami membalas dengan berjumpa wanita lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.