‘Saya tahu lokasi bapa ditanam Daesh’ - Anak mangsa - Utusan Malaysia

‘Saya tahu lokasi bapa ditanam Daesh’ – Anak mangsa

BETHANY Haines - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Anak pekerja bantuan kemanusiaan warga Britain, David Haines yang dibunuh oleh pengganas Daesh pada 2014, mendakwa mengetahui tempat persemadian terakhir bapanya.

Lapor The Sun, Bethany Haines dalam satu temu bual eksklusif menyatakan dia bersusah payah menyusun semua maklumat berkaitan hari-hari terakhir bapanya sebelum dibunuh secara tragis.

Menurut Bethany, dia menggunakan maklumat diperoleh daripada polis tempatan, rakan tebusan serta keterangan pengganas lain dan percaya mengetahui lokasi sebenar bapanya disemadikan.

Wanita berusia 24 tahun itu mendakwa mempunyai data `koordinat longitud dan latitud’ yang menunjukkan sebuah lokasi di kawasan bukit di luar bandar Raqqa, Syria.

Malah, Bethany bertekad mahu membawa pulang ‘sesuatu milik bapanya’.

“Saya ingin membawa pulang sesuatu berkaitan bapa dan saya kini sedang mencari jawapan kepada semua persoalan.

“Saya sudah mengetahui lokasi bapa ditahan, apa yang dilakukannya, diculik oleh siapa dan layanan diterima,” katanya.

Sementara itu, Bethany berasa kesal dengan tindakan Pejabat Kementerian Luar yang tidak memaklumkan mengenai keberadaan bapanya ketika ditahan oleh pengganas Daesh.

“Saya rasa Pejabat Kementerian Luar tidak langsung membantu saya, sebenarnya mereka mengetahui semua maklumat ini sejak awal lagi dan tidak memaklumkan kepada keluarga saya.

“Saya berasa kecewa dan marah, saya mahu pergi secepat mungkin ke Syria,” katanya.

Dalam pada itu, Bethany berkata, hatinya hancur luluh selepas mengetahui bapanya maut dipenggal pengganas Daesh, September 2014.

Katanya, ketika itu dia hanya mengetahui bapanya pergi ke Turki untuk misi menyerahkan bantuan kemanusiaan.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya