Ribuan protes perintah berkurung di Eropah - Utusan Malaysia

Ribuan protes perintah berkurung di Eropah

ORANG ramai menyertai demonstrasi membantah sekatan Covid-19 di Vienna, Austria. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanan di York, Austria, Belanda dan Jerman bagi membantah perintah berkurung dilaksanakan ketika Eropah berdepan penularan varian baharu.

Lapor Daily Mail, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, setakat ini tiada kes kematian akibat varian Omicron dilaporkan walaupun varian Covid-19 baharu itu dikesan di 38 negara.

Namun, pemimpin dunia melaksanakan langkah pencegahan tambahan termasuk mengenakan jumlah denda tinggi dalam usaha menggalakkan penduduk mendapatkan suntikan vaksin lengkap.

Di Austria, mana-mana individu belum divaksin yang melanggar peraturan perintah berkurung akan berdepan dengan denda sehingga 500 euro (RM2,392).

Penduduk yang enggan mematuhi semakan status vaksinasi pula boleh dikenakan denda sehingga 1,450 euro (RM6,939).

Ribuan orang di Vienna mengadakan bantahan terhadap sekatan ke atas kehidupan awam yang dilaksanakan untuk membendung pandemik koronavirus.

Berdepan dengan kes harian Covid-19 yang semakin tinggi, Austria menjadi negara pertama di Eropah Barat melaksanakan semula perintah berkurung dan akan mewajibkan vaksinasi mulai Februari depan.

Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di bandar York, England bagi mengadakan ‘protes kebebasan’ di hadapan York Minster.  

Sementara itu, ribuan orang berhimpun di sekitar bandar Utrecht di Belanda untuk mengkritik sekatan Covid-19 baharu yang dikuatkuasakan pada hujung minggu lalu.

Para penunjuk perasaan berarak di sekitar jalan raya sambil membawa sepanduk tertera Medical Freedom Now dan mengibarkan bendera Belanda.

Sejumlah besar anggota polis kelihatan di sepanjang laluan perarakan itu.

Ramai penunjuk perasaan mengecam tindakan kerajaan Belanda yang semakin meningkat dalam soal vaksinasi sekiranya penduduk mahu menjalani kehidupan biasa.

Ia merupakan demonstrasi besar pertama di Belanda yang membantah sekatan Covid-19 termasuk penutupan bar, restoran dan premis perniagaan pada waktu malam bagi menangani lonjakan kes jangkitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya