PETALING JAYA: CIMB Securities Sdn. Bhd. (CIMB Securities) menaikkan unjuran pendapatan sesaham Bermaz Auto Bhd (BAuto) bagi tahun kewangan 2027 hingga 2028 sebanyak 8.5 peratus hingga 21.7 peratus. Firma berkata, peningkatan tersebut mencerminkan pemulihan berterusan sumbangan daripada syarikat bersekutu yang sebahagiannya disokong oleh pergerakan kadar pertukaran asing yang menggalakkan serta pengurusan kos yang lebih baik. “Kami juga menjangkakan pendapatan akan bertambah kukuh pada separuh kedua tahun kewangan 2027, didorong oleh…










