Remaja 15 tahun gantung diri sendiri dalam bilik tidur - Utusan Malaysia

Remaja 15 tahun gantung diri sendiri dalam bilik tidur

DIXON STRACHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sesi prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian sebenar seorang remaja berusia 15 tahun yang bertindak menggantung dirinya sendiri dalam bilik tidurnya di perkampungan Calder Vale, Lancashire, masih berlangsung sehingga hari ini.

Lapor Daily Mail, Mahkamah Koroner mendapati sebelum kejadian Dixon Strachan difahamkan menghantar mesej mengenai bunuh diri dalam media sosial.

Kematian remaja itu disedari oleh abangnya selepas memanggil adiknya untuk minum petang, namun tidak disahut mangsa.

Koroner Kanan, Richard Taylor semasa sesi inkues yang berlangsung minggu ini memaklumkan, kematian mangsa adalah satu ‘kemalangan’ kerana ‘tiada bukti’ dia sengaja membunuh dirinya sendiri.

Selepas sesi pendengaran dijalankan, keluarga Dixon menyemak telefon bimbitnya selepas dipulangkan oleh pihak polis dan menemukan mesej dalam Instagram berbaur tekanan serta bunuh diri.

Kes kematian tersebut berlaku pada Februari 2019 dan sesi inkues masih berlangsung sehingga tahun ini bagi menyiasat punca sebenar kematian mangsa.

Ketika kejadian dua tahun lalu, remaja itu terpaksa dikejarkan ke hospital di Liverpool, namun disahkan meninggal dunia selepas itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya