Rasuah: Indonesia lebih teruk dari Malaysia - Utusan Malaysia

Rasuah: Indonesia lebih teruk dari Malaysia

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengakui masalah rasuah di negara jauh lebih teruk berbanding negara jiran seperti Malaysia dan Singapura.

Berucap sempena Hari Antirasuah Dunia 2021, Jokowi menyatakan pada tahun lalu, Indonesia tidak tersenarai dalam 100 negara Asia yang mempunyai Indeks Persepsi Rasuah terkawal.

“Ranking indeks persepsi rasuah Indonesia pada tahun lalu masih perlu diperbaiki.

“Beberapa negara jiran kita seperti Singapura berada di kedudukan ketiga, Brunei di tempat 35 manakala Malaysia pula di ranking 57.

“Namun, Indonesia berada di kedudukan 102, terkeluar dari senarai,” katanya.

Sehubungan itu, Jokowi menegaskan, perlu ada komitmen tinggi daripada pelbagai pihak untuk memastikan indeks persepsi rasuah di negara ini dapat dipulihkan.

Namun, Jokowi memaklumkan terdapat peningkatan dalam indeks tindakan antirasuah.

“Indeks tindakan antirasuah dalam kalangan masyarakat kita semakin meningkat, iaitu pada 2019 Indonesia berada di kedudukan 370, tahun 2020 (384) dan 2021 (388).

“Ini menunjukkan semakin lama semakin baik, namun kita tidak boleh terlalu selesa dan perlu memastikan pencapaian lebih baik pada masa akan datang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya