LUMAJANG: Ketika penduduk Lumajang masih berdepan kesukaran akibat letusan Gunung Berapi Semeru pada awal bulan ini, masih ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Hal ini dapat dilihat apabila ada produksi menjalankan penggambaran sinetron di kawasan pusat pemindahan sementara penduduk di sini.
Pihak berkuasa Lumajang memaklumkan, tiasa surat kebenaran dikeluarkan untuk kru produksi menjalankan penggambaran sinetron di kawasan tersebut.
Ketua Daerah Lumajang, Thoriqul Haq berkata, pihaknya ada menerima surat permohonan kebenaran untuk menjalankan penggambaran, namun mereka tidak meluluskannya.
Sehubungan itu, pihaknya akan menyiasat siapa yang beri kebenaran kepada kru tersebut.
“Kami akan meneliti perkara ini kerana kesalahan ini adalah serius. Bagaimana boleh jalankan penggambaran di kawasan yang dilanca bencana?
“Sedangkan banyak rakyat menderita akibat letusan Semeru, mereka (kru produksi) boleh pula mengambil kesempatan,” katanya.
Terdahulu, pihak berkuasa melarang orang ramai datang ke lokasi bencana bagi mengambil gambar untuk di muat naik dalam media sosial.