PM Jepun nafi kediaman rasmi berhantu - Utusan Malaysia

PM Jepun nafi kediaman rasmi berhantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini memaklumkan beliau dapat tidur lena tanpa sebarang gangguan selepas menjadi pemimpin pertama yang tinggal di kediaman rasmi perdana menteri.

FUMIO KISHIDA

Kediaman rasmi itu tidak diduki sepanjang era pentadbiran Yoshihide Suga dan Shinzo Abe ketika mereka menjadi perdana menteri negara ini.

Sehubungan itu, kediaman tersebut dilaporkan berhantu dan sering berlaku gangguan mistik.

Tapak rumah itu merupakan tempat tahanan sejumlah pegawai kerajaan yang dibunuh oleh pasukan tentera ketika rampasan kuasa berlaku pada 1936.

Menolak semua laporan tersebut, Kishida memberitahu, dia berasa lebih segar dan tidak mengalami sebarang kejadian pelik selepas bermalam di kediaman tersebut.

“Saya tidur nyenyak dan setakat ini, saya tidak nampak apa-apa kejadian yang menakutkan,” katanya kepada media. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN