Peguam wanita Thailand cabar undang-undang larang pakai seluar ke mahkamah - Utusan Malaysia

Peguam wanita Thailand cabar undang-undang larang pakai seluar ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kumpulan peguam wanita di Thailand mencabar satu undang-undang kuno yang melarang mereka daripada memakai seluar ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah.

Persatuan Peguam Hak Asasi Manusia Thailand (HRLA) bekerjasama dengan forum Nitihub untuk mengubah undang-undang itu menerusi petisyen yang dihantar kepada Persatuan Peguam Thailand.

Kedua-dua organisasi itu memaklumkan, mereka akan membawa isu tersebut ke Mahkamah Pentadbiran Daerah sekiranya ‘tidak dilayan’ oleh persatuan peguam negara ini.

Petisyen itu turut mengandungi sejumlah aduan yang dibuat oleh peguam wanita yang tidak berpuas hati dengan undang-undang lama tersebut.

Selain itu, terdapat juga aduan yang dibuat mengenai peguam wanita diejek oleh peguam lelaki kerana tidak mematuhi etika berpakaian.

HRLA menyatakan, pihaknya sebelum ini menghantar surat kepada presiden Mahkamah Persekutuan dan Majlis Peguam yang terlatak di bawah naungan diraja Thailand.

Namun, pejabat presiden mahkamah itu membalas surat berkenaan dengan menyatakan peguam wanita perlu mengikut kod pemakaian yang ditetapkan oleh Majlis Peguam Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya