'Muhammad' pertahan kedudukan pertama nama paling popular di UK - Utusan Malaysia

‘Muhammad’ pertahan kedudukan pertama nama paling popular di UK

JEMAAH menyusun sejadah di Masjid Baitul Futuh di London. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Nama ‘Muhammad’ direkodkan sebagai yang paling banyak dipilih atau popular untuk bayi lelaki di United Kingdom (UK) tahun ini.

Daily Sabah melaporkan, perkara itu didedahkan sebuah laman web Britain yang memfokuskan kepada kehamilan dan penjagaan bayi.

“Terdapat perubahan di bahagian atas carta bayi perempuan apabila Olivia merampas semula tempat pertama selepas jatuh ke tempat kedua, tahun lalu.

“Nama Muhammad bertahan untuk setahun lagi di kedudukan pertama kerana terbukti menjadi nama lelaki paling popular dalam kalangan ibu bapa,” jelas Sophie Bell, penulis bagi BabyCentre.

Menurut bancian terkini, terdapat lebih 3.3 juta umat Islam di UK.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya