Lelaki maut selepas leher hampir putus terkena mesin pemotong - Utusan Malaysia

Lelaki maut selepas leher hampir putus terkena mesin pemotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOMBOK: Kejadian malang menimpa seorang lelaki apabila dia maut selepas lehernya hampir putus dipercayai terkena mesin pemotong ketika bekerja di rumahnya, di Praya, Lombok Tengah.

Ironinya, ketika kejadian itu berlaku, keluarga mangsa menyangka mereka terdengar bunyi ‘lembu disembelih’ dan menimbulkan rasa takut sehingga mereka mengunci pintu rumah.

Jurucakap polis Lombok tengah, Hery Indra Cahyono berkata, kejadian itu menimpa mangsa yang berusia 37 tahun pada Rabu lalu.

“Berdasarkan hasil siasatan, mangsa dipercayai terkorban selepas lehernya terkena mesin pemotong.

“Mangsa yang merupakan mekanik bengkel didakwa sedang bekerja di rumahnya ketika kejadian berlaku,” kata Hery.

Menurut saksi iaitu adik mangsa menceritakan, abangnya sedang melakukan kerja-kerja memotong sebelum elektrik rumah mereka terpadam.

Adik mangsa memberitahu, selepas abangnya membetulkan bekalan elektrik, dia kembali menyambung kerjanya sehinggalah dia dan kakak iparnya terdengar bunyi ‘lembu disembelih’.

“Kami berasa takut selepas terdengar bunyi itu, lalu mengunci rumah tanpa menyangka itu adalah suara abang.

“Kami hanya menyedari keadaan abang selepas tidak lagi terdengar bunyi mesin tersebut dan kakak ipar menemukannya dalam keadaan luka parah di leher,” ujarnya.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya