Korban Taufan Rai di Filipina hampir 400 orang - Utusan Malaysia

Korban Taufan Rai di Filipina hampir 400 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Jumlah korban Taufan Rai yang melanda Filipina pada 16 dan 17 Disember lalu dilaporkan meningkat kepada 388 orang dengan beberapa kawasan terjejas berisiko dilanda wabak penyakit.

Taufan itu yang disifatkan antara terkuat pada tahun ini menyebabkan kemusnahan dan kerugian yang besar kepada Filipina.

Pihak berkuasa Filipina melaporkan, 60 lagi masih hilang dan ratusan cedera.

Terdahulu, angka korban dilaporkan mencecah 375 orang sebelum meningkat kepada 388.

Lebih empat juta penduduk menerima bantuan di 430 bandar yang menyaksikan 482,000 rumah musnah dalam bencana itu.

dalam pada itu, lebih 300,000 penduduk masih tinggal di pusat pemindahan sementara dengan lebih 200,000 berlindung di rumah saudara-mara.

Secara purata, Filipina dibadai kira-kira 20 taufan setiap tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya