Kanak-kanak dua tahun yang hisap 40 batang rokok kini sudah tidak lagi ketagih - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dua tahun yang hisap 40 batang rokok kini sudah tidak lagi ketagih

ARDI Rizal kini lebih sihat dan gembira tanpa ketagih rokok. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang menghisap 40 batang rokok sehari pernah menggemparkan dunia sebelum ini.

Kanak-kanak itu yang dikenai sebagai Ardi Rizal akan menghantukkan kepalanya ke dinding jika tidak dapat merokok dan keadaan itu membimbangkan pelbagai pihak susulan usianya yang masih kecil.

Namun, Ardi kini sudah pulih dan tidak lagi ketagih dengan rokok.

Ardi memberitahu, dia akan berasa pening kepala dan mulutnya rasa tidak sedap jika tidak merokok sebelum ini.

“Amat sukar untuk saya berhenti merokok namun sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah tabiat buruk itu,” katanya.

Selain itu, Ardi bukan sahaja mengalami masalah ketagihan rokok, malah dia juga sering minum susu manis sehingga menyebabkan berat badannya berlebihan.

Bimbang dengan keadaan itu, ibu bapanya menggantikan dietnya dengan buah-buahan dan sayuran.

Kesannya, Ardi menjadi semakin sihat dan gembira.

“Saya berasa lebih sihat dan gembira ketika ini tanpa rokok dan mengamalkan diet sihat,” ujarnya.

Ardi mula ketagih rokok selepas diberikan oleh bapanya dan kisahnya turut mendapat perhatian pihak berkuasa Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya