Jari kanak-kanak hancur selepas terkena bilah kipas alat pengering tangan - Utusan Malaysia

Jari kanak-kanak hancur selepas terkena bilah kipas alat pengering tangan

GAMBAR yang dimuat naik bapa mangsa dalam Facebook.-MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa menjalani pembedahan untuk memotong sebahagian daripada salah satu jarinya selepas menggunakan sebuah alat pengering tangan ‘tanpa penutup bolong’ di pusat beli-belah ION Orchard.

Bapa kanak-kanak itu, Nick Chia memberitahu Mediacorp anak perempuannya dibenarkan pulang daripada hospital hari ini selepas menjalani rawatan di hospital selama tiga hari.

Kanak-kanak itu ke tandas yang terletak di tingkat empat bersama pembantu rumah mereka selepas makan malam semasa mangsa sekeluarga mengunjungi pusat beli belah, Isnin lalu.

Ketika kanak-kanak itu menggunakan alat pengering tangan, tiba-tiba jari telunjuk kanak-kanak itu hancur akibat bilah kipas dalam alat pengering tangan tersebut.

Chia menerusi perkongsian dalam Facebook mendapati tiada penutup bolong dipasang pada mesin tersebut.

“Dari sudut penglihatannya, dia boleh nampak bahagian bawah alat pengering tangan itu mempunyai lubang yang terlopong.

“Namun, dia mungkin menyangka alat itu merupakan tempat menyimpan tisu atau mungkin salah satu alat pengering tangan jenama Dyson yang perlu letakkan tangan ke dalam mesin tersebut.

“Lalu dia meletakkan tangannya ke dalam alat itu dan jarinya hancur disebabkan bilah kipas dalam alat itu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN