Indonesia nyaris di badai tsunami, penduduk lari bertempiaran - Utusan Malaysia

Indonesia nyaris di badai tsunami, penduduk lari bertempiaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia nyaris dibadai ombak tsunami selepas satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Richter melanda timur negara ini semalam.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), kekuatan gempa itu boleh mencetuskan tsunami sebelum menarik balik amaran tersebut.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 18.5 kilometer dan pusat gempa dikesan kira-kira 100 kilometer ke utara pekan Maumere di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur.

Dilaporkan berlaku beberapa kerosakan infrastruktur di kawasan berhampiran pusat gempa seperti jalan retak dan rumah penduduk roboh, namun tiada kematian.

Ketua Daerah Flores Timur, Antonius Hubertus Gege Hadjon berkata, kawasan yang terletak paling hampir dengan pusat gempa dilaporkan dalam keadaan stabil.

Namun, penduduk berpusu-pusu melarikan diri ke kawasan bukit kerana bimbang sekiranya berlaku tsunami.

Sehubungan itu, pihak berkuasa Indonesia menasihatkan penduduk di lokasi gempa supaya tidak mendekati kawasan pantai.

“Saya sedang melihat telefon bimbit ketika gempa berlaku dan gegaran kuat boleh dirasai selama 30 saat,” kata seorang penduduk di Buton di Sulawesi Tenggara.

Dalam pada itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik gempa itu tidak lagi mencetuskan ancaman tsunami.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya