Hanya 43 pelancong asing masuk Bali tahun ini - Utusan Malaysia

Hanya 43 pelancong asing masuk Bali tahun ini

KEADAAN lengang di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Tuban, Bali. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Sepanjang sembilan bulan pertama pada tahun ini, hanya 43 pelancong asing mengunjungi Bali berbanding 6.3 juta orang bagi tempoh yang sama pada 2019.

Keadaan itu menyaksikan banyak premis perniagaan dan hotel gulung tikar di pulau peranginan ini susulan tidak mampu menanggung kos operasi.

Biarpun sudah dibuka semula kepada pelancong asing sejak pertengahan Oktober lalu, Bali masih lagi tidak berjaya menarik kemasukan ramai pelancong antarabangsa.

Sebelum ini, Bali merupakan destinasi pilihan kepada para pelancong dari Australia, Eropah, Amerika Utara dan Selatan serta Asia.

Punca Bali masih tidak menerima kemasukan pelancong asing dalam jumlah yang ‘sepatutnya’ masih belum dikenal pasti dan perlu menjalani kuarantin selama tiga hari selepas tiba di pulau peranginan ini dikatakan antara satu daripada faktornya.

Pihak berkuasa lapangan terbang Bali juga memaklumkan, tiada penerbangan antarabangsa tiba di pulau ini sejak pintu sempadannya dibuka dan mereka turut buntu dengan keadaan tersebut.

Penemuan varian baharu Covid-19, Omicron dijangka memburukkan lagi situasi di Bali, menyaksikan banyak negara melakukan sekatan perjalanan dan kemasukan bagi mengekang penularan varian tersebut.

Kerajaan Indonesia sebelum ini memaklumkan, sektor pelancongan menyumbang lebih 50 peratus daripada ekonomi Bali dan 700,000 pekerja hilang pekerjaan sejak pandemik Covid bermula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya