Dua maut bot karam di Cuba - Utusan Malaysia

Dua maut bot karam di Cuba

GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAVANA: Dua orang maut selepas sebuah bot laju yang membawa 23 pendatang karam di luar pantai Cuba.

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut kementerian, pasukan pengawal pantai tiba di lokasi kejadian bot separuh tenggelam itu yang sesak dengan penumpang dan dalam keadaan cuaca buruk.

“Mayat dua penumpang ditemukan manakala dua kanak-kanak, tujuh wanita dan 12 lelaki lain berjaya diselamatkan,” jelas kementerian itu.

Kejadian itu berlaku berhampiran bandar Santa Cruz del Norte di Mayabque, wilayah bersempadan Havana.

Tambah kementerian, operasi untuk mencari mangsa lain masih diteruskan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN