Di Malaysia pecah rumah, di Indonesia rompak bank - Utusan Malaysia

Di Malaysia pecah rumah, di Indonesia rompak bank

POLIS menunjukkan sejumlah barang bukti yang dirampas dari kumpulan perompak bank di Karawang, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Kumpulan perompak yang menjadikan sejumlah petugas dan pengawal keselamatan di cawangan bank Maybank di Karawang sebagai tebusan pernah terlibat dalam jenayah rompakan di beberapa negara Asia, termasuk Malaysia.

Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Jabar, Erdi A Chaniago berkata, kumpulan perompak terdiri dari 10 orang itu menggunakan modus operandi yang spesifik dan unik.

Katanya, kumpulan penjenayah itu sebelum ini aktif melakukan rompakan di beberapa negara Asia seperti Vietnam, Malaysia, Thailand, Myanmar sehingga ke China.

“Kumpulan perompak itu boleh dikategorikan sebagai profesional kerana mereka mahir dengan pelbagai teknik mencuri.

“Ketika di luar negara, kumpulan itu menyasarkan rumah yang tidak didiami dan bukannya bank,” katanya.

Erdi juga tidak menolak kemungkinan cawangan Maybank di Karawang sudah lama menjadi sasaran kumpulan perompak itu.

Terdahulu, kumpulan perompak itu melarikan wang tunai berjumlah 400 juta rupiah (RM117,462) daripada bank tersebut selepas mengacukan senjata api terhadap petugas dan pengawal keselamatan, selain mereka dipaksa meniarap dan kaki serta tangan diikat.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 26 November lalu dan sehingga kini, polis memburu tiga lagi perompak yang masih bebas.

Sementara itu, Erdi memberitahu, kumpulan perompak itu juga merancang merompak seorang artis di Jakarta selepas meneliti pergerakan dan aktiviti selebriti tersebut menerusi media sosial.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu menonjolkan kemewahan dalam media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.